Wednesday 28 September 2016



NAMA AHLI KUMPULAN:
NABIL RASYDAN
ADAM FIKRY
MUHAMMAD ADAM



KONSEP PENGASINGAN KUASA




TERBAHAGI KEPADA TIGA BAHAGIAN:




BADAN PERUNDANGAN ( LEGISLATIF)

  • badan perundangan di Malaysia bole dibahagikan kepada dua iaitu pada peringkat Persekutuan (Parlimen) dan juga peringkat Negeri (Badan Perundangan Negeri)



  Perlembagaan Persekutuan memperuntukan pembahagian kuasa perundangan kepada tiga bahagian iaitu senarai persekutuan, senarai bersama dan senarai negeri seperti di bawah

SENARAI PERSEKUTUAN, SENARAI BERSAMA DAN SENARAI NEGERI


Image result for senarai persekutuan

Image result for senarai persekutuan





Peringkat Persekutuan   


-Kerajaan Malaysia memberi mandat kepada Parlimen sebagai badan perundangan negara.
-Prosedur atau peringkat badan perundangan Persekutuan ialah :
a) Yang di-Pertuan Agong
b) Majlis Raja-Raja
c) Parlimen
-Dalam melaksanakan kuasa legislatif atau perundangan, Parimen memainkan peranan yang amat penting.
-Fungsinya dapat dilihat semasa proses penggubalan rang undang-undang dijalankan.
-Struktur Parlimen Malaysia mengandungi kompenen berikut;
 a) Dewan Negara
b) Dewan Rakyat

PARLIMEN
  •  Perkara 44 (4) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa kuasa perundangan Malaysia terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Dua Majlis , iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
  • Semua undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan mestilah melalui ketiga-tiga kompenen tersebut.
  • Rang undang-undang dianggap sebagai undung-undang setelah diluluskan oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta mendapat perkenan daripada YDPA.
  • Parlimen merupakan Badan Perundangan bagi kerajaan Persekutuan yang berfungsi menggubal dan meluluskan undang-undang persektuan.
  • Selain itu, Parlimen juga membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan, dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baharu.
  • Perkara 55 Perlembagaan Malaysia memperuntukan bahawa hanya YDPA sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.
  • YDPA mempunyai kuasa mutlak untuk menghentikan atau membubarkan Parlimen.
  • Parlimen akan kekal dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pertama persidangan selepas pilihan raya umum.
  • Pilihan raya umum bagi memilih wakil-wakil Dewan Rakyat perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh Parlimen dibubarkan bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.
  • YDPA akan memanggil Parlimen untuk bersidang pada tarikh yang ditetapkan tidak melebihi 120 hari dari tarikh pembubaran
  • Perkara 66 (4) Perlembagaan Malaysia menjelaskan bahawa YDPA hendaklah memperkenan sesuatu rang undang-undang yang dipersembahkan dalam tempoh 30 hari.Jika YDPA tidak berbuat demikian maka rang undang-undang tersebut akan menjadi undang-undang setelah tamat tempoh tersebut.


Prosedur Pembentukan Undang-Undang Persekutuan

DEWAN NEGARA

  • Dewan Negara merupakan dewan yang tertinggi dalam badan perundangan di Malaysi.
  • Dewan Negara akan membahaskan rang undang-undang dengan lebih teliti.
  • Dewan Negara adalah untuk memastikan kepentingan setiap kerajaan negeri terjamin.
  • Keahlian untuk setiap negeri dalam Dewan Negara adalah dua orang sahaja walaupun dari negeri yang berkeluasan kecil.
  • Bilangan ahli Dewan Negara termaktub dalam Fasal (1) Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan sepeti di bawah





  • Seorang ahli Dewan Negara dipanggil 'Senator' 
  • Jawatan ahli Dewan Negara dipegang selama tiga tahun ( satu penggal) dan boleh disambung satu penggal dengan lantikan pada peringkat persekutuan atau peringkat negeri.
  • Jika ahli Dewan Negara meletak jawantan, meninggal dunia atau bercuti, seorang ahli tertentu akan dipilih atau dilantik (dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan).


FUNSI DEWAN NEGARA

SYARAT KELAYAKAN AHLI DEWAN NEGARA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 30 tahun
  3. Sempurna akal
  4. Bukan seorang muflis

DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat merupakan kompenen yang sangat penting dalam badan perundangan Malaysia. Fasal (1), Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan memperuntukan keanggotaan Dewan Rakyat ialah seramai 222 ahli. Fasal (2), Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan bilangan ahli Dewan Rakyat yang mewakili satu kawasan pilihan raya.


  • Ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat melalui pilihan raya umum yang diadakan 5 tahun sekali.
  • Parti yang mendapat undian kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara.


Fungsi Ahli Dewan Rakyat


SYARAT KELAYAKAN DAN KEHILANGAN KEAHLIAN



Peringkat Negeri

-Kuasa perundangan peringkat negeri dilaksanakan melalui Badan Perundangan Negeri.
-Badan Perundangan Negeri mengandungi ;
a) Raja
b) Sultan
c) Yang Dipertua Negeri
d) Dewan Undangan Negeri



PROSEDUR PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG NEGERI


KELAYAKAN AHLI
  • WARGANEGARA
  • UMUR 21 TAHUN ATAU LEBIH
  • BERMASTAUTIN DI NEGER[
KEHILANGAN KELAYAKAN
  1. Diisytiharkan tidak sempurna akal
  2. Muflis yang belum dibebaskan
  3. Memegang jawatan berpendapatan
  4. Disabitkan kesalahan berhubung pilihan raya

BADAN PENTADBIR/PELAKSANA ( EKSEKUTIF)
- DiMalaysia, kuasa eksekutif dijalankan secara berperingkat iaitu pentadbiran persekutuan, kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.
- Peringkat-peringkat seumpama ini dapat menjamin agihan kuasa dan pelaksanaan kerja yang lebih efisen.


Peringkat Persekutuan

(a) KABINET / JEMAAH MENTERI

  •      Kuasa tertinggi Badan Pentadbiran (Esekutif) kerajaan persekutuan ialah sistem Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan mengkehendaki YDPA untuk melantik Perdana Menteri daripada parti yang mendapat kerusi majoriti di Dewan Rakyat sebagai ketua Jemaah Menteri.
  • Perdana Menteri akan menasihati YDPA untuk melantik menteri-menteri lain daripda mana-mana majlis parlimen.
  • Seorang Timbalan Menteri juga akan dilantik oleh YDPA
  • YDPA boleh memecat Perdana Menteri daripada jawatannya seperti yang termaktub dalam Perkara 43 (4).
  • Apabila ahli Dewan Rakyat hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri atau meminta Parlimen dibubarkan oleh YDPA
  • Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan akan memaklumkan hal ehwal pentadbiran negara kepada YDPA 
  • Jemaah Menteri bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen 
  • Jemaah menteri juga berperanan untuk menentukan dasar kerajaan dan memberikan arahan kepada jentera pentadbiran




   (b) KEMENTERIAN,JABATAN DAN BADAN BADAN KERAJAAN


  • Kementerian ialah agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan.
  • Bilangan kementerian bergantung kepada keadaan dan pandangan Perdana Menteri
  • Setiap kementerian bertanggungjawab mengubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan dasar tersebut
  • Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen
  • Ketua Setiausaha (KSU) menjadi penasihat utama kepada menteri
  • KSU bertanggungjawab untuk melaksanakan arahan-arahan menteri dan program-program peringkat kementerian
JABATAN

  • Jabatan merupakan agensi pelaksana bagi sesebuah kementerian atau pentadbiran negeri.
  • Jabatan -jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua Pengarah
BADAN-BADAN KERAJAAN

  • Perbadanan Awan merupakan agensi separuh kerajaan dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara yang membolehkan kerajaa terlibat secara langsung
  • Perbadanan Awam ialah Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS)
  • Badan Berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri.
  • Ketua bagi Badan Berkanun ialah Pengerusi
  • Badan Berkanun berfungsi untuk melicinkan pentadbiran dan pelaksana program pembangunan negara
  • Badan Berkanun mempunyai kuasa autonomi dan peruntukan kewangan tersendiri tetapi bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan
  • Contoh Badan Berkanun ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Peringkat Negeri

  • Kuasa tertinggi Badan Pentadbiran (Eksekutif) peringkat negeri ialah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
  • Majlis ini merupakan badan kepimpinan negeri yang membuat dasar dan melaksana pemerintahan bagi sesebuah negeri
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Raja, Menteri Besar, dan ahli Majlis yang terdiri daripada empat hingga sepuluh orang ahli dalam kalangan ahli Dewan Undangan
  • Seksyen 2 (2)(a) jadual kelapan dalam Perlembagaan Persekutuan mengkehendaki Raja melantik Menteri Besar daripada ahli Dewan Undangan sebagai Ketua Jemaah Menteri
  • Setiap ahli Majlis akan memegang portfolio tertentu
  • Bagi negeri Sabah dan Serawak, barisan ahli majlis tersebut sebagai Kabinet Negeri




  
Peringkat Daerah
- Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, pentadbiran pada peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. Beberapa mukim di dalam daerah pula ditadbir oleh penghulu.
-  Di Sarawak, struktur pentadbiran daerah terbahagi kepada empat, iaitu :
a) Bahagian – ditadbir oleh Residen.
b) Daerah – ditadbir oleh Pegawai Daerah.
c) Daerah Kecil – ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri.
d) Kampung – ditadbir oleh Penghulu.
- Di Sabah pula, terdapat dua peringkat pentadbiran Daerah iaitu : 
 a) Daerah – ditadbir oleh Pegawai Daerah ( dibantu oleh Ketua Anak Negeri)
 b) Kampung – ditadbir oleh Ketua Kampung ( dibantu oleh orang tua )
-Pentadbiran kerajaan tempatan dilaksanakan oleh Majlis Daerah dan Majlis Bandaran.
-Fungsi utama kedua-duanya adalah untuk memajukan kawasan pekan/bandar.
-Pentadbiran kerajaan tempatan diketuai oleh Yang Dipertua Majlis yang terdiri daripada Pegawai Daerah.
-Ketua Pentadbiran sesebuah Majlis Tempatan ialah Setiausaha Majlis Tempatan Peringkat Daerah .
- Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, pentadbiran pada peringkat daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dengan dibantu oleh beberapa orang Penolong Pegawai Daerah. Beberapa mukim di dalam daerah pula ditadbir oleh penghulu.



BADAN KEHAKIMAN (JUDISIARI)

- Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di  Malaysia diperuntukkan dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
-Fungsi-fungsi kehakiman ini pula dimuatkan dalam Perkara 121 – 131.
-Untuk melaksanakan tugas-tugas kehakiman di negara ini, sistem mahkamah telah diwujudkan.                  
                           



Kebebasan Badan Kehakiman
- Hakim-hakim hanya boleh dipecat atas syor tribunal.
- Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi berkuasa menghukum apa-apa penghinaan terhadapnya.
- Kelakuan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincangkan di dalam Majlis Parlimen kecuali dengan usul yang disokong oleh tidak kurang daripada satu per empat daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu.
- Tidak boleh dibincangkan di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri.
- Parlimen membuat peruntukan saraan Hakim Mahkamah Persekutuan, dan dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

Pelantikan Hakim
- Pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong setelah barunding dengan Majlis Raja-Raja dan mendapat nasihat daripada Perdana Menteri setelah berunding dengan Ketua Hakim Negara.
- Pelantikan Hakim Besar Borneo, Perdana Menteri harus berunding dengan Ketua Menteri Malaysia.
- Pelantikan Hakim Mahkamah  Agung , Perdana Menteri harus berunding dengan dua orang Hakim Besar.
- Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Perdana Menteri perlu berunding dengan Hakim Besar Mahkamah yang berkenaan sebagai tambahan kepada Ketua Hakim Negara.
- Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong  atas cadangan Hakim Besar.
- Majistret Kelas Pertama bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong manakala pelantikan bagi nageri-negeri dilantik oleh Raja/ Sultan/ Gabenor atas cadangan Hakim Besar.
- Majistret Kelas Kedua bagi Malaysia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bagi negeri-negeri dilantik oleh Sultan/ Raja/ Gabenor tanpa penglibatan Hakim Besar. 

Sistem dan Corak Kehakiman di Malaysia
- Sistem kahakiman di Malaysia berbentuk persekutuan sebagaimana yang diamalkan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, dan India.
- Mahkamah di Malaysia pada hari ini adalah berdasarkan sistem persekutuan memandangkan pembentukan mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Majistret, Mahkamah Tentera, Mahkamah Buruh, Mahkamah Merinyu Kanan Galian berbentuk persekutuan di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan Negeri.
- Mahkamah di Malaysia dibahagikan kepada dua iaitu ;
a) Mahkamah Persekutuan – terdiri daripada Mahkamah Atasan, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Khas.
b) Mahkamah Negeri – terdiri daripada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Adat.

Rujukan:  http://budaqjka1b.blogspot.my/
SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA


MAHKAMAH PERSEKUTUAN

          Mahkamah Persekutuan merupakan mahkamah tertinggi di Malaysia yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Perkara 122(1) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa ahli Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim besar Mahkamah Tinggi, dan tujuh hakim lain. YDPA ats nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja akan melantik semua ahli Mahkamah Persekutuan berdasarkan Perkara 122.


                                        

                                                               MAHKAMAH MAJISTRET

Mahkamah Majistret terdiri daripada Mahkamah Majistret Kelas Pertama dan Mahkamah Majistret Kelas Kedua. Bidang kuasa bagi kedua-dua Mahkamah Majistret ini adalah seperti di bawah
Bidang Kuasa Jenayah dan Sivil Mahkamah Majistret



MAHKAMAH RAYUAN

Perkaran 122A(1) menjelaskan bahawa ahli bagi Mahkamah Rayuan terdiri daripada seorang Pengerusi (Presiden Mahkamah Rayuan) dan hakim lain tidak melebihi 32 orang. Pelantikan anggota Makhkamah Rayuan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang ditetapkan dalam perkara 122b Perlembagaan Persekutuan iaitu:
(a) memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya
(b) lain-lain bidang kuasa yang diberi
atau di bawah undang-undang Persekutuan





MAHKAMAH TINGGI

Mahkamah Tinggi berkuasa untuk melaksanakan penyeliaan, mengubah keputusan semua Mahkamah Bawahan (Mahkamah Rendah) dan membicarakan semua rayuan daripada Mahkamah Bawahan sama ada kes sivil atau jenayah. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi adalah tidak terhad kepada semua kes jenayah kecuali perkara yang berkaitan dengan undang-undang islam. Umumnya, Mahkamah Tinggi membicarakan kes-kes tuntutan melebihi RM1,000 dan kes-kes yang berkaitan dengan perkara berikut:
(a) Penjagaan kanak-kanak dan orang tidak siuman,wasiat dan perkahwinan serta penceraian bagi bukan islam
(b) kemufflisan
(c) injunksi, pelaksanaan tertentu atau pembatalan kontrak
(d) kesahan individu



MAHKAMAH SESYEN

Mahkamah Sesyen berkusa untuk membicarakan kes sivil dan jenayah di Malaysia. Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk membicarakan segala kesalahan selain kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati seperti yang termaktub dalam Seksyen 63, Akta Mahkamah Rendah 1948. Seksyen 65 (1), Akta Mahkamah Rendah 1948 menjelaskan bidang kuasa Mahkamah Sesyen seperti yang berikut:
  1. Membicarakan kes sivil berkaitan kemalangan kecederaan motor, tuan tanah dan penyewa serta distres
  2. Membincangkan kes sivil yang melibatkan amaun atau nilai hal dituntut tidak melebihi RM250,000.






PENGAJARAN

  • Malaysia merupakan negara yang berdaulat kenara mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri
  • Sistem pentadbiran tanah air yang wujud sejak masa lampau merupakan warisan dan telah diubah  suai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa ini.
  • Sistem pentadbiran negara menunjukkan semua warganegara adalah dilindungi di bawah undang- undang negara dan orang yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman yang setimpal
  • Sistem pentadbiran negara malaysia yang mengamalkan sistem pembahagian kuasa menunjukan  tidak ada pihak yang menguasai suatu pihak yang lain.

KESIMPULAN

Di Malaysia,sistem politik yang berasakan pengasingan kuasa Eksekutif,Legislatif,Judisiari membuktikan satu sistem pemerintahan yang kemas dan berkesan.Biarpun terdapat pertindihan kuasa di beberapa keadaan,namun hal tersebut tidak menjadi satu kelemahan,malah dapat memantapkan lagi sistem sedia ada.Kewujudan jentera pentadbiran yang kemas melalui kementerian-kementerian di peringkat persekutuan juga dengan dengan kerja sama Kerajaan Negeri,telah membuktikan keamanan dan kemakmuran boleh dicapai dalam sebuah negara yang berbilang kaum.


RUJUKAN

1.http://pengasingankuasa.blogspot.my/2015/09/kesimpulan.html
2.https://www.youtube.com/watch?v=tM_ngXfkz00
3.https://www.google.com/search?q=PENGAJARAN+PENGASINGAN+KUASA&bih=662&biw=1366&source=lnms&sa=X&ved=0ahUKEwjXzqeV9LLPAhXFRo8KHdTkBQIQ_AUIBSgA
4.https://www.google.com/search?q=badan+kehakiman&bih=662&biw=1366&source=lnms&sa=X&ved=0ahUKEwiaqe7b9rLPAhXLPo8KHcXWBOQQ_AUIBSgA&dpr=1
5.https://www.google.com/search?q=badan+perundangan&bih=662&biw=1366&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwi1qYTt9rLPAhWMO48KHRqvDBQQ_AUIBig
6.https://www.google.com/search?q=badan+pentadbiran&bih=662&biw=1366&source=lnms&sa=X&ved=0ahUKEwiWnsCN97LPAhVCpo8KHVaFAHYQ_AUIBSgA&dpr=1





JOM TONTON VIDEO..